Pageviews from the past week

Sunday 26 June 2011

Oh~Warna Kehidupan~

..... (Cerita tentang kehidupan).Masing-masing ada jalan ceritanya. kisah aku begini kisah kamu begitu. Oh indah rupanya hidup ini, jika putaranya adalah sebagaimana yang kita impikan. Mungkin dulu kita di bawah dan kini kita diatas. Namun, mungkin kita dulu di bawah tapi kini masih lagi DI BAWAH!! ohh......tak siapa inginkan perkara seperti itu.

Jalan cerita aku. Jika direnungkan semula............. ohh~ agak sebak untuk diceritakan... namun ada sedikit semangat untuk menceritakannya. Bukan untuk berbangga, bukan untuk menunjuk.... cuma ingin berkongsi warna kehidupan aku... mungkin yang baik boleh dijadikan pedoman.




Oh anak Kecil~

~ (Oh Ketika aku seorang anak kecil)...


Apa yang aku ingat 17 tahun yang lepas.... pelbagai warna yang aku kecapi ketika di usia 6 tahun, aku tidak bersekolah tadika.. ohh~ bukan tidak mahu bersekolah. namun abang-abang dan kakak perlu didahulukan... tak mengapa. aku ada ikhtiar aku untuk belajar. aku ada keinginan untuk belajar.. aku ada semangat untuk mengenali ilmu.... walaupun tidak ke Tadika, alhamdulilah pada usia 6 tahun aku sudah boleh mengeja...
dengan cara, setiap benda yang aku jumpa, akan ku tanya pada abang ku, " bang macamane ek nk eja Pokok" .. perkataan pertama yang berjaya aku eja. 'PO' 'KOK' =POKOK.....   "ILMU BOLEH KITA KECAPI DIMANA-MANA, CUMA HATI KITA MAHUKAN IA ATAU TIDAK".

oh~sedang kawan-kawan seusia ke Tadika, Aku ke arah lain.. oh kebun rupanya aku. pada usia ini apa yang boleh aku buat.Cangkul dengan aku, tinggi lagi cangkul.... tapi aku ada semangat, keinginan membantu orang tua aku bekerja di terik mentari....